KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd (KPJ Healthcare) menerusi institusi pendidikan utamanya Universiti KPJ Healthcare (KPJU), baru-baru ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Trusx Malaysia Sdn Bhd (Trustr), sebuah organisasi kesihatan digital global, sebagai satu inisiatif merevolusikan penjagaan kesihatan.
KPJ Healthcare dalam satu kenyataan memaklumkan, kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI (kecerdasan buatan), termasuk health wallet dan alat pengukuran vital dan biomarker non-invasif menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi memperolehi maklumat kesihatan penting, tanpa perlu melakukan prosedur invasif atau pengambilan darah.
"Teknologi ini mempunyai aplikasi yang luas, termasuk pengesanan penyakit awal, pemantauan kesihatan dari jarak jauh dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD). Sebaik proses pengesahan teknologi dilengkapkan di KPJU, Kumpulan berhasrat merintis aplikasi teknologi tersebut kepada pesakit melalui saluran digital dan kemudahan runcit.
"Perkongsian ini membuktikan komitmen KPJU untuk menerajui penyelidikan dan inovasi AI dalam penjagaan kesihatan. Dengan mengabungkan kepintaran dan teknologi, KPJU menyasarkan untuk mewujudkan sistem penjagaan kesihatan untuk masa hadapan, yang mengutamakan kesejahteraan dan penjagaan pesakit," menurut kenyataan KPJ Healthcare itu.
MoU itu ditandatangi Ketua Pegawai Pegawai Operasi (Kumpulan Operasi Kesihatan Bersekutu dan Runcit) KPJ Healthcare, Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz dan Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Trusxplus Inc (Trustr) Amerika Syarikat, Ananth Subramanian.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, kerjasama itu amat penting dalam usaha mengintegrasikan KPJ dan KPJU, yang merupakan sebahagian daripada perancangan mereka untuk membentuk Sistem Kesihatan Akademik swasta yang pertama di Malaysia.
"KPJ secara aktifnya mentakrifkan semula konsep berpusatkan kepada pesakit, dalam landskap yang berubah dengan pesat, dipacu teknologi masa kini. Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam usaha itu, didorong komitmen yang dikongsi bersama untuk memanfaatkan AI untuk memperkasakan individu dalam menguruskan kesihatan dan kesejahteraan mereka secara proaktif.
"Matlamat kami dalam bekerjasama dengan Trustr, ialah untuk merevolusikan penyampaian penjagaan kesihatan dan meningkatkan kadar kesembuhan pesakit ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu Ananth berkata alat pengukur biometrik dan vital yang dipacu teknologi AI Trustr dan health wallet digital, merupakan sebuah anjakan paradigma dalam mengubah cara seseorang individu memantau dan mengurus kesihatan mereka secara proaktif. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
KPJ Healthcare menerusi institusi pendidikan utamanya KPJU, baru-baru ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Trusx Malaysia merintis inisiatif merevolusikan penjagaan kesihatan.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia! #JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia!
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Polis tahan Rajesh Kapoor curi barang kemas penumpang dalam 200 penerbangan
Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
[TERKINI] Setiap pokok terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat
Perkembangan itu juga disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masyarakat yang semakin tua.
KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memeterai kolaborasi strategik bersama Mayo Clinic melalui dua hospital pakar iaitu KPJ Damansara Specialist Hospital dan Damansara Specialist Hospital 2.
KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau
Usaha ini membuka lembaran baharu dalam memperkasakan komitmen KPJ Healthcare untuk menyepadukan elemen kelestarian.
KPJ Healthcare umum lantik Sherene Azli sebagai Ketua Pegawai Pemasaran
KPJ Healthcare mengumumkan pelantikan Sherene Azli sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) baharu, mulai hari ini.
KPJ Healthcare perkenal VSI Holomedicine berdaya 5G pertama di Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memperkenalkan VSI Holomedicine berdaya 5G pertama di Malaysia menerusi Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24.
KPJ Healthcare lantik Mohamad Farid sebagai Ketua Pegawai Operasi
KPJ Healthcare Bhd melantik Datuk Mohamad Farid Salim sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu berkuat kuasa 3 Jun 2023.
KPJ Healthcare tandatangan kerjasama strategik dengan Perkeso
Ia selaras dengan matlamat Program Return-To-Work Perkeso yang menekankan kepada langkah pencegahan awal serta pemulihan intensif.
Mohd Shukrie lepaskan jawatan hanya 5 bulan sebagai Presiden, MD KPJ Healthcare
Beliau berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa 7 September ini untuk mencari peluang lain, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Keuntungan bersih KPJ Healthcare naik kepada RM27.1 juta pada suku kedua
Perolehan juga meningkat kepada RM707.57 juta daripada RM632.83 juta tahun lepas.